2025-07-21 HaiPress

Foto hiasan
SEGAMAT,20 Julai -Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Segamat,di belakang sebuah taman rekreasi di sini,petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Bomba Mohd Hazim Abd Razak dalam kenyataan berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan remaja itu pada 4.08 petang.
“Pasukan bomba membuat pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot dan mangsa ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hazim berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 11 anggota bomba ditamatkan pada 6.40 petang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur