2025-07-21 HaiPress

Datuk Nor Hisham Mohammad
KUANTAN,21 Julai - Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2025 bukan sekadar acara sukan tahunan,malah menjadi medan pembinaan kecergasan fizikal,ketahanan mental dan semangat kepimpinan dalam kalangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata,penglibatan aktif dalam sukan memberi impak besar terhadap kesejahteraan emosi serta keupayaan anggota menghadapi cabaran situasi kritikal secara optimum.
"Sukan merupakan medium terbaik untuk pembentukan kekuatan tubuh dan daya tahan emosi,khususnya dalam adaptasi terhadap tekanan tinggi yang sering dihadapi anggota bomba," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) Pahang 2025 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah,di sini.
Temasya sukan yang berlangsung di Kuantan dari 17 hingga 20 Julai itu menghimpunkan lebih 1,800 atlet dari seluruh negara berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,350 orang yang diadakan di Kedah.
Dalam pada itu,JBPM menyasarkan pembentukan lebih ramai atlet pelapis sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan antarabangsa,termasuk World Police and Fire Games yang dijadualkan berlangsung di Perth,Australia.
Usahaberkenanaan bukan sekadar untuk kejohanan semata-mata,malah sebahagian daripada strategi memperkukuh jenama bomba Malaysia di pentas antarabangsa.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur