2025-07-21 HaiPress

Kejadian ribut di Kangar,Perlis beberapa kediaman mengalami kerosakan
KANGAR,21 Julai - Sebanyak tiga buah rumah dilaporkan rosak susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis,kira-kira pukul 6 petang semalam.
Kejadian tersebut mengakibatkan bumbung rumah diterbangkan angin dan beberapa struktur kediaman mengalami kerosakan.
Sehingga 9.30 pagi tadi,kawasan terlibat membabitkan sebuah rumah masing-masing di Kampung Bakau,Kota Kayang dan Kampung Bangsal Lebah.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah turun ke lokasi terjejas bagi mendapatkan maklumat lanjut dan melakukan penilaian ke atas setiap rumah yang rosak.
Beliau turut menasihatkan mangsa yang terjejas agar segera membuat laporan polis dan mengemukakan salinan laporan tersebut bersama gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bangsal Lebah,Norhayati Hashim berkata pihaknya telah menziarahi mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di kampung berkenaan.
Menurut beliau,bantuan barangan keperluan harian termasuk toto dan wang tunai telah disalurkan kepada mangsa.
Manakala bantuan susulan bagi kerja-kerja pembaikan rumah sedang diselaraskan oleh MAIPs dan JKM.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur