2025-07-21 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri
PUTRAJAYA,21 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang pertukaran nama pada saat akhir dalam proses pelantikan hakim,seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut beliau,tuduhan kononnya berlaku pertukaran nama pada saat akhir adalah fitnah semata-mata dan cubaan untuk mempolitikkan institusi kehakiman negara.
“Nama yang dikemukakan sejak awal adalah nama yang sama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tidak berlaku sebarang perubahan seperti yang disebarkan. Tuduhan kononnya ada pertukaran Datuk ke Tan Sri atau sebaliknya adalah tidak benar."
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini.
Jelas Perdana Menteri,proses pelantikan hakim adalah telus dan dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan,serta turut dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur