2025-07-21 HaiPress

Foto RTM
SELAMA,21 Julai – Penganjuran Durian Fest Peringkat Negeri Perak 2025 menyasarkan nilai jualan sebanyak RM400,000,dengan peningkatan pendapatan pengusaha produk hiliran sehingga 30 peratus.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,program tersebut merupakan inisiatif strategik kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor pertanian bernilai tinggi.
Menurut beliau,penganjuran seperti ini turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar yang mampan menerusi penglibatan pekebun,usahawan tempatan serta sektor pelancongan.
“Penganjuran Durian Fest ini adalah cerminan iltizam bersama dalam memartabatkan sektor pertanian sebagai landasan pembangunan negeri.
"Durian sebagai raja buah kini menjadi antara komoditi berimpak tinggi yang menggabungkan elemen ilmu,inovasi dan integrasi ekonomi dalam pelan pembangunan negeri dan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Durian Fest Perak 2025 di Dataran Selama,hari ini.
Durian Fest yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 Julai lalu turut menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran produk berasaskan durian,pertandingan durian serta promosi pelancongan setempat.
Tambah Saarani,Perak kini muncul sebagai antara negeri pengeluar utama durian negara,dengan pengeluaran lebih 59,000 tan metrik durian pada tahun lalu,bernilai sekitar RM462 juta.
Katanya,pencapaian itu turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor agromakanan negeri serta membuktikan potensi Perak dalam pasaran eksport durian di peringkat antarabangsa.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur