2025-07-21 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,19 Julai - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Sepanjang minggu ini,bank pusat itu mengendalikan operasi harian dengan menjalankan tender repo berbalik,tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas Jumaat hingga Jumaat,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM26.80 bilion daripada RM20.30 bilion Jumaat lepas.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai susut kepada RM28.20 bilion berbanding RM33.69 bilion sebelum itu.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 17 Julai 2025. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur