2025-07-21 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Julai - Aktiviti belian bersih oleh pelabur runcit tempatan di Bursa Malaysia berterusan untuk minggu kedua berturut-turut,mencerminkan sentimen pelabur kecil yang kekal positif.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyatakan,aliran masuk bersih berjumlah RM239.4 juta dicatatkan minggu lalu,hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding RM52.7 juta pada minggu sebelumnya.
"Sebaliknya,pelabur asing meneruskan trend jualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut dengan aliran keluar bersih sebanyak RM206.1 juta.
"Mereka mencatat jualan bersih pada setiap hari dagangan kecuali Isnin dan Jumaat,dengan aliran keluar harian antara RM61.9 juta hingga RM173.3 juta," jelas MIDF menerusi laporan aliran dana mingguannya.
Institusi tempatan pula beralih kepada penjualan bersih,sekali gus menamatkan lapan minggu berturut-turut aktiviti belian bersih dengan aliran keluar sebanyak RM33.3 juta.
Menurut MIDF,tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur asing ialah sektor pembinaan (RM199.5 juta),pengangkutan dan logistik (RM102.1 juta),serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM94.7 juta).
Sementara itu,sektor perkhidmatan kewangan mencatat aliran keluar bersih tertinggi dengan jumlah RM525.4 juta,diikuti sektor teknologi (RM86.1 juta) dan produk serta perkhidmatan pengguna (RM71.8 juta).
Dari segi purata jumlah dagangan harian (ADTV),semua kategori pelabur mencatat peningkatan kecuali institusi tempatan.
Pelabur asing dan pelabur runcit masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 6.9 peratus dan 9.0 peratus,manakala institusi tempatan menunjukkan penurunan sebanyak 2.6 peratus.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur