2025-07-21 IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,20 Julai – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menyalurkan bantuan segera kepada sebuah keluarga asnaf di Kampung Baru Si Rusa,Port Dickson,yang kini berdepan kesempitan hidup.
Langkah itu diambil selepas ketua keluarga,Mohamad Ali Abdul Malek terlantar akibat serangan strok dan penyakit kronik sejak tahun lalu.
Perdana Menteri dan isteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi keluarga berkenaan semasa berada di Negeri Sembilan bagi menghadiri Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI bersempena permukiman anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen.
“Saya dan Azizah amat terkesan melihat ujian berat yang menimpa keluarga asnaf ini. Saya telah mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi membantu saudari Faridah dan keluarganya meneruskan kelangsungan hidup,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Datuk Seri Anwar,bantuan yang akan disalurkan termasuk penyediaan kiosk perniagaan bagi membantu Faridah Abbas,isteri Mohamad Ali,menjana pendapatan melalui jualan kuih-muih dan pisang goreng.
Turut akan dilaksanakan ialah kerja meratakan kawasan hadapan rumah keluarga tersebut bagi menjamin keselesaan mereka sekeluarga.
“Semoga ihsan dan bantuan ini meringankan penderitaan hidup saudari Faridah untuk menguruskan suami yang terlantar sakit serta anak-anaknya. Kami berdoa semoga Allah meringankan ujian buat mereka sekeluarga,insya-Allah,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur