2025-07-21 IDOPRESS

Foto Hiasan
PUTRAJAYA,18 Julai – Lebihan dagangan Malaysia kekal positif selama 62 bulan berturut turut sejak Mei 2020.
Ini memandangkan imbangan dagangan bagi Jun tahun ini mencatat sebanyak RM8.6 bilion.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),jumlah dagangan negara turut mencatat penurunan 1.2 peratus kepada RM234.9 bilion berbanding RM237.8 bilion pada bulan yang sama tahun sebelumnya,yang didorong oleh penyusutan eksport sebanyak 3.5 peratus kepada RM121.7 bilion.
DOSM menambah,import mencatat peningkatan sebanyak 1.2 peratus kepada RM125.9 bilion,sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah dagangan pada Jun tahun ini.
"Penurunan eksport Malaysia pada Jun 2025 didorong oleh kejatuhan eksport domestik,yang merangkumi 78.3 peratus daripada jumlah eksport,dengan penurunan sebanyak 5.2 peratus kepada RM95.3 bilion.
"Manakala eksport semula meningkat 3.4 peratus kepada RM26.4 bilion berbanding tahun sebelumnya," menurut kenyataan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur