2025-07-21 IDOPRESS

Minat pelabur asing dijangka kekal suram bulan ini menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif timbal balas AS pada 1 Ogos/Foto fail
KUALA LUMPUR,20 Julai - Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama bon Malaysia untuk tempoh separuh pertama2025,dengan menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun lepas.
Bagaimanapun,menurut agensi penarafan RAM Ratings Services Bhd (RAM Ratings),pegangan asing susut kepadaRM5.4 bilion bagi tempoh sama berbanding aliran masuk kukuh RM13.4 bilion pada Mei.
"Ini didorong terutamanya oleh penjualan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) jangka panjang,serta Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) jangka pendek,masing-masing berjumlah RM5.3 bilion dan RM1 bilion."
''Penyusutan ini dikaitkan kelemahan sentimen susulan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS),yang menjejaskan minat pelabur terhadap hutang pasaran membangun.
“Sebaliknya,bon korporat terus menarik pelaburan langsung asing dengan aliran masuk bersih sebanyak RM903.4 juta(Mei: RM550 juta),” jelas RAM Ratings.
Agensi penarafan itu turut menjangkakan,minat pelabur asing kekal suram bulan ini menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif timbal balas AS pada 1 Ogos.
Jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (FED) AS akan menangguhkan penurunan kadar faedahnya berikutan angka inflasi yang lebih tinggi daripada ramalan pada Julai,akan turut mempengaruhi minat terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.
''Pada masa ini,pasaran menjangkakan FED akan mengekalkan kadar faedahnya pada4.25 hingga 4.5 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bagi Julai,” katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur