2025-07-21 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Julai - Anggaran awal pertumbuhan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 diyakini mampu dicapai,bergantung kepada keupayaan negara untuk beradaptasi dengan pelbagai cabaran ekonomi di peringkat global.
Penganalisis Ekonomi,Datuk Prof Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan berkata,perkara itu disokong kecekapan kerajaan dalam menyesuaikan dasar semasa,khususnya berkaitan rundingan penetapan kadar tarif.
"Pertumbuhan ekonomi negara mungkin menjadi lebih perlahan pada suku tahun ini,disebabkan perkembangan ekonomi global serta pelaksanaan penguatkuasaan tarif timbal balik dijadualkan bermula pada 1 Ogos 2025.
"Keputusan rundingan tarif pula berbeza-beza antara negara,dan ini sudah tentu menimbulkan ketidaktentuan dari segi permintaan,baik di peringkat syarikat mahupun global," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah beliau,Amerika Syarikat merupakan salah satu pasaran eksport utama Malaysia,dan sebarang ketidaktentuan berkaitan tarif timbal balik boleh memberi kesan ketara terhadap kedudukan perdagangan negara.
"Perlu diingat,syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat merupakan antara destinasi eksport terbesar negara. Oleh itu,sebarang ketidaktentuan atau keputusan berkaitan kadar tarif timbal balik ini sudah tentu akan memberi kesan kepada kedudukan tersebut," katanya.
Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada minggu lalu juga mampu menyokong momentum pertumbuhan dalam suasana ketidaktentuan luaran.
Antara sektor yang akan menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK,termasuk sektor perkhidmatan dipacu pelancongan,perkhidmatan kewangan,logistik dan digital.
Sementara itu,sektor pembuatan juga turut menunjukkan prestasi positif,khususnya dalam subsektor elektrik dan elektronik,semikonduktor serta teknologi hijau.
Mengulas lanjut mengenai pendapatan boleh guna isi rumah,beliau menegaskan bahawa program pembangunan kapasiti perlu dilaksanakan secara aktif dan menyeluruh bagi membolehkan isi rumah meningkatkan pendapatan masing-masing seterusnya memperbaiki kualiti hidup rakyat secara mampan.
Beradasarkan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025,mengatasi peningkatan sebnyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur