2025-07-22 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang stabil sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025,sedikit meningkat berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya,menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Unjuran itu juga melebihi purata 4.0 peratus KDNK bulanan yang dianggarkan bagi tempoh April hingga Mei tahun ini.
''Pertumbuhan stabil ini menunjukkan bahawa faktor sokongan domestik seperti perbelanjaan pengguna yang kukuh dan kitaran pelaburan yang berterusan sedang mengimbangi tekanan luaran,ekoran tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
''Indeks perdagangan runcit yang tumbuh 4.5 peratus bagi lima bulan pertama tahun ini mencerminkan peningkatan penggunaan domestik yang stabil,selepas mencatatkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun lalu.
''Selain itu,kitaran pelaburan yang masih rancak turut menyokong pertumbuhan,seperti yang dilihat melalui lonjakan import barangan modal dan pertumbuhan kukuh pinjaman perbankan untuk sektor pembinaan industri,kilang serta tanah industri,'' jelas Maybank IB dalam nota penyelidikannya hari ini.
Angka rasmi KDNK bagi suku kedua 2025 dijadualkan diumumkan pada 15 Ogos ini.
Sementara itu,dalam nota penyelidikan berasingan,firma itu menyatakan,prospek perdagangan luar Malaysia kekal tidak menentu dan bergantung kepada hasil rundingan perdagangan yang sedang berlangsung dengan Amerika Syarikat,menjelang tarikh akhir penguatkuasaan tarif balas 1 Ogos ini.
Pasaran turut dibayangi oleh ketidakpastian berhubung tarif ke atas produk tertentu,terutamanya komponen semikonduktor,yang merupakan antara eksport utama negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur