2025-07-22 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,21 Julai - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Isnin,disokong oleh permintaan terhadap aset selamat menjelang tarikh akhir 1 Ogos bagi kemungkinan pengenaan tarif baharu ke atas Kesatuan Eropah (EU).
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketidaktentuan yang berterusan dalam rundingan perdagangan menyokong permintaan terhadap emas.
“Risiko geopolitik di Eropah terus menjadi tumpuan selepas EU menurunkan had harga eksport minyak Rusia,sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu terhadap bekalan tenaga global dan tekanan inflasi,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut berkata ketidaktentuan politik di Jepun menyumbang kepada pendekatan berhati-hati dalam pasaran,memandangkan sokongan terhadap Perdana Menteri Jepun,Shigeru Ishiba yang semakin lemah boleh menyukarkan rundingan perdagangan Tokyo dengan Washington.
“Secara keseluruhan,gabungan ketegangan perdagangan,ketidakstabilan politik dan kebimbangan inflasi mendorong pelabur beralih kepada emas sebagai aset defensif,dengan harga terus mengukuh ketika minggu dagangan baharu bermula,” katanya.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat kepada US$3,374.30 setiap auns troy daripada US$3,360.00 pada Jumaat lepas.
Kontrak Ogos 2025 naik kepada US$3,392.60 daripada US$3,378.30,manakala kontrak September 2025 menokok kepada US$3,398.50 daripada US$3,384.20.
Sementara itu,kontrak Oktober 2025,Disember 2025 dan Februari 2026 juga masing-masing ditutup lebih tinggi pada US$3,427.70 berbanding US$3,413.40 sebelum ini.
Jumlah dagangan susut kepada empat lot daripada 12 lot pada Jumaat,manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 56 kontrak daripada 67.
Harga emas fizikal pula berada pada US$3,351.60 setiap auns troy,berdasarkan penetapan harga London Bullion Market Association pada 18 Julai 2025.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur