2025-07-22 HaiPress

Sektor tenaga boleh baharu mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap eksport tradisional/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,21 Julai - Tumpuan kepada sektor ekonomi baharu seperti tenaga boleh diperbaharui dan pusat data dilihat mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap sektor eksport tradisional.
Pada masa sama dapat menyerap impak negatif daripada ketidaktentuan global seperti tarif Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.
Pengarah Interim Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi Ekonomi Islam (I-RISE),ISRA Institute,INCEIF University,Dr. Mohd Zaidi Md Zabri berkata,sektor-sektor tersebut berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan baharu dalam menyokong Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Terutama,apabila sektor semikonduktor dan elektrik dan elektronik E&E berdepan tekanan pasaran global.
'“Ekonomi negara berfungsi secara agregat. Apabila sektor tradisional seperti E&E berkurang,kita masih boleh menyerap impak itu dengan pertumbuhan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pusat data.
''Jadi sektor-sektor ini boleh menyerap sebarang impak dan mengimbangi kesan terhadap KDNK,” katanya,selepas program Biz Malaysia.
Tambah beliau,pelaburan negara melibatkan ladang solar dan pembangunan pusat data di Johor adalah strategi penting,yang dapat menampung kesan ketidaktentuan permintaan pasaran luar.
Peralihan kepada ekonomi baharu juga membuka ruang kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi,sekali gus membantu negara mengekalkan bakat tempatan daripada berhijrah ke luar negara.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur