2025-07-22 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,21 Julai - Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Isnin,apabila dolar AS bergelut untuk meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Jepun,kata penganalisis.
Pada 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.2320/2365 berbanding dolar AS,berbanding 4.2410/2455 ketika ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit bergerak dalam aliran lebih tinggi,berikutan keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada parti gabungan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba,yang tidak mencetuskan turun naik pasaran yang lebih baik.
“Ketiadaan penularan membolehkan mata wang Asia dan pasaran sedang pesat membangun lain,termasuk ringgit,untuk meningkat dengan lebih tinggi dan mengukuh secara sederhana,” katanya kepada Bernama.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan lebih kukuh seiring dengan penyusutan 0.13 peratus dalam Indeks Dolar AS kepada 98.268 mata,apabila mata wang utama lain seperti euro,yen dan pound Britain semuanya meningkat berbanding dolar AS.
“Walaupun terdapat ketidaktentuan menyelubungi politik di Jepun,dolar AS sedang bergelut untuk meningkat,namun ia tidak menyebabkan yen Jepun lemah,” katanya.
Mengulas lanjut,Mohd Afzanizam berkata secara amnya ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS,dengan kedua-duanya diniagakan sekitar RM4.2375 pada tengah hari,berbanding RM4.2493 pada sesi pagi.
Pada penutup,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6954/7015 daripada 5.6999/7060 dan menaik berbanding euro kepada 4.9277/9330 daripada 4.9336/9388 ketika ditutup pada Jumaat.
Namun,ia susut berbanding yen Jepun,kepada 2.8612/8644 daripada 2.8517/8549.
Sementara itu,mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2990/3028 daripada 3.3027/3065,dan menambah berbanding baht Thailand kepada 13.0754/0954 daripada 13.3027/3065.
Ringgit turut meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.2/259.6 daripada 260.2/260.6 dan menaik berbanding peso Filipina kepada 7.40/7.41 daripada 7.41/7.43 sebelumnya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur