2025-07-22 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Julai - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin,seiring dengan prestasi pendasar pasaran tunai.
Pada penutup dagangan,kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing turun 2.5 mata kepada 1,525.0 dan 1,522.0.
Kontrak September 2025 pula tidak berubah pada 1,504.0 manakala Disember 2025 turun 3.0 mata kepada 1,505.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 3,393 lot daripada 4,782 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 38,075 kontrak daripada 38,963 kontrak sebelum ini.
Pada pukul 5.00 petang,indeks FBM KLCI susut 1.27 mata kepada 1,524.59 daripada 1,525.86 pada Jumaat lepas. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur