2025-07-22 IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd,Novan Amirudin/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Julai – CIMB Group Holdings Bhd kekal fokus terhadap pelaksanaan pelan jangka panjangnya iaitu 'Forward 30',sebagai usaha mengekalkan daya saing di peringkat ASEAN.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Novan Amirudin,pelan tersebut merupakan satu inisiatif menyeluruh,bertujuan memperkukuh asas perniagaan serta meningkatkan kecekapan operasi di setiap peringkat.
“Kami merangka 'Pelan Forward 30' sebagai usaha transformasi menyeluruh untuk memperkukuh asas perniagaan dan meningkatkan kecekapan operasi serta perkhidmatan kepada pelanggan.
Keutamaan kami adalah untuk kekal sebagai pilihan utama pelanggan di ASEAN," jelasnya selepas sesi bersama Media Asean,di Menara CIMB,di sini.
Beliau turut menambah bahawa daya saing bukan hanya bergantung kepada produk atau perkhidmatan semata-mata,tetapi bagaimana sesebuah institusi itu kekal relevan dan berada di minda pelanggan.
Sehubungan itu,CIMB akan terus menumpukan kepada aspek pemerkasaan pelanggan serta menyumbang secara aktif kepada pembangunan masyarakat.
"Itulah pendekatan sebenar untuk memastikan bank kekal kompetitif dalam landskap kewangan serantau yang semakin mencabar,” katanya lagi.
Pelan itu dilihat sebagai satu langkah komprehensif bagi CIMB dalam memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu institusi kewangan utama di ASEAN.
Ini terutama ketika industri perbankan global sedang berdepan pelbagai cabaran pasaran dan perubahan landskapdigital yang pesat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur