2025-07-22 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Julai - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab ke atas semua fungsi pengawalseliaan dalam industri penerbangan awam negara,mulai 1 Ogos 2025.
Langkah itu sejajar dengan pengumuman Menteri Pengangkutan,Anthony Loke mengenai rasionalisasi CAAM dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 23 Jun lalu.
MAVCOM menerusi kenyataan berkata,pengambilalihan itu merangkumi pelesenan,peruntukan Hak Trafik Udara (ATR),pembangunan lapangan terbang,Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS),hal ehwal ekonomi dan persaingan,serta pengawasan pengawalseliaan secara menyeluruh.
“CAAM juga akan menguruskan platform digital seperti AeroFile dan AeroLicence bagi pemprosesan permit lintas ruang udara dan pendaratan,serta permohonan pelesenan,” menurut kenyataan itu hari ini.
Tambah MAVCOM,semua platform pengguna akan terus beroperasi sepenuhnya semasa dan selepas 1 Ogos.
''Pengguna boleh terus mengemukakan aduan berkaitan syarikat penerbangan atau lapangan terbang melalui laman web dan aplikasi mudah alih FlySmart yang sedia ada.
“Sebarang kemas kini berkaitan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi CAAM,'' katanya.
Sementara itu,Pengerusi Eksekutif Mavcom,Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata,kelestarian dan pertumbuhan berterusan industri penerbangan Malaysia kekal sebagai keutamaan sepanjang proses ini.
“Keutamaan kami adalah untuk memastikan peralihan yang lancar dan teratur tanpa gangguan besar kepada para pemegang taruh dan orang awam,” katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur