2025-07-23 HaiPress

Mohd Lutfi (tengah) menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar di kediamannya
SUNGAI PETANI,22 Julai - Empat sekeluarga yang cedera dalam nahas bas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik bulan lalu kini semakin pulih daripada trauma dan kecederaan.
Pemandu kenderaan,Mohd Lutfi Radzi berkata,isterinya dan anak sulung mereka sudah boleh melakukan pergerakan ringan dan tidur dengan baik.
“Saya pun dah pulih,trauma pun sudah tiada. Isteri saya sudah boleh buat kerja ringan.
Anak saya yang patah paha pun sudah boleh jalan sendiri,cuma tak boleh pijak kaki satu lagi,” katanya.
Mohd Lutfi ditemui selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar,yang hadir ke kediamannya di Bukit Banyan dalam program Ziarah Madani.
Sebelum ini,Mohd Lutfi dirawat di Hospital Baling bersama isterinya,Nurul Ain Zakaria,yang patah lima tulang rusuk.
turut cedera,anak mereka,Nur Aishah Nafisah,yang retak tulang paha,manakala anak bongsu Muhammad Ahsan Nafis mengalami lebam dan luka di kepala dan badan.
Dalam lawatan itu,Datuk Dr Mohd Naim menyampaikan sumbangan RM10,000 hasil bantuan Jakim,Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Taqwa.
Mohd Lutfi turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai,pasukan bomba,polis dan petugas kesihatan yang banyak membantu sejak tragedi itu berlaku pada 9 Jun lalu di Kilometer 53,Jalan Raya Timur-Barat,Gerik,Perak.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur