2025-07-23 HaiPress

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Julai - Sebanyak 74,614 aduan kelakuan tidak wajar diterima,manaka 1,139 individu telah diiktiraf sebagai pemberi maklumat dan menerima perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sejak 2021.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said,kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat,dengan anggotanya akan dilantik oleh menteri,bagi memastikan pelaksanaan akta lebih tersusun.
"Jawatankuasa ini akan berperanan memastikan penyelarasan dan pemantauan keseluruhan pemakaian akta ini dengan lebih sistematik."
"Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memperoleh dan menyelaras statistik serta data berkaitan pendedahan dan aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan.bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan akta ini dapat dipantau secara berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan bacaan kali kedua RUU Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat,hari ini.
Datuk Seri Azalina menegaskan maklumat dikemukakan kepada jawatankuasa tidak akan merangkumi data sulit seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 akta tersebut,bagi melindungi identiti pemberi maklumat dan mengelakkan kebocoran maklumat.
Pindaan RUU ini turut memansuhkan had tertentu dalam Seksyen 6(1),membolehkan pendedahan kelakuan tidak wajar dibuat kepada agensi penguatkuasaan walaupun wujud sekatan undang-undang lain.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur