2025-07-23 HaiPress

Pelancaran Buku: Makanan Dan Minuman Berdasarkan al-Quran,Hadis Dan Fatwa / Foto FB KP JAKIM
NILAI,22 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci berhubung isu pelantikan syarikat katering yang tidak mempunyai pensijilan halal membekalkan makanan kepada hospital di ibu negara.
Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata,maklumat itu penting bagi mengenalpasti sebarang kekeliruan yang mungkin berlaku dan diselesaikan secara harmoni.
“Kita akan lihat cara terbaik bagi atasi isu lantikan syarikat yang tak ada pensijilan halal untuk mengusahakan katering di premis termasuk menyajikan makanan di premis kerajaan,” katanya.
Beliau meramikan Seminar Halal Dan Fatwa Peringkat Kebangsaan Kali Kedua dan Pelancaran Buku: Makanan Dan Minuman Berdasarkan al-Quran,Hadis Dan Fatwa di sini,hari ini.
Seminar dianjurkan Institut Fatwa dan Halal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terdahulu,Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 mendedahkan syarikat katering itu dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital selama tiga tahun bermula Februari 2024.
Kredibiliti dan piawaian yang tinggi Pensijilan Halal Malaysia perlu dipertahankan kerana telah diiktiraf di lebih 47 negara dan 85 badan pensijilan halal luar negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur