2025-07-23 HaiPress

Bursa Malaysia dibuka tinggi,naik 0.19 peratus pada pembukaan pagi ini / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,22 Julai - Bursa Malaysia dibuka tinggi,naik 0.19 peratus pada pembukaan pagi ini,disokong oleh jangkaan aktiviti pembelian semasa harga rendah dalam persekitaran sentimen serantau yang bertambah baik.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.88 mata kepada 1,527.47 daripada 1,524.59 ketika ditutup semalam.
Indeks dibuka tinggi 1.70 mata kepada 1,526.29.
Jumlah dagangan sebanyak 128.25 juta unit bernilai RM67.52 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengurangkan kerugian semalam akibat pembelian lewat.
"Volum dagangan melebihi purata menunjukkan peluang dagangan yang lebih tinggi. Kami menjangkakan aktiviti pembelian saham berharga murah berikutan sentimen bertambah baik di seluruh rantau ini.
“Oleh itu,kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam aliran dalam julat 1,520-1,530 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur