2025-07-23 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,22 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM16.59 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.53 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik terdiri daripada RM3.2 bilion untuk tujuh hari,satu repo berbalik Islam sebanyak RM200 juta bagi tujuh hari dan satu tender repo berbalik semalaman berjumlah RM4 bilion untuk sehari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM23.8 bilion dan tender lelongan semalaman murabahah sehingga RM27.7 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur