2025-07-23 HaiPress

Pakar Ekonomi Kanan,Perlindungan Sosial dan Buruh Bank Dunia,Shakira Teh Sharifuddin/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Julai - Malaysia berpotensi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya dasar pekerjaan yang lebih inklusif terhadap wanita dan penjaga dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten.
Pakar Ekonomi Kanan,Shakira Teh Sharifuddin berkata,peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja bukan sahaja dapat menampung penyusutan populasi usia bekerja,malah memberi kesan langsung kepada prestasi ekonomi negara.
"Lebih ramai wanita menyertai pasaran kerja akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
"Namun,yang lebih penting ialah mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif,berempati dan berpaksikan tanggungjawab bersama," katanya selepas pelancaran Laporan Kajian Amalan Pekerjaan Inklusif oleh Bank Dunia.
Menurut beliau,laporan tersebut memberi tumpuan kepada amalan pengambilan pekerja yang lebih mesra terhadap wanita dan penjaga.
Shakira turut mengakui kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti program pengambilan semula wanita bekerja,kerja fleksibel dan sokongan penjagaan anak.
Namun,katanya,pendekatan ini perlu diperluas ke kawasan luar bandar serta sektor tidak formal dan PKS,bagi memastikan dasar pekerjaan inklusif dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi kesan jangka panjang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur