2025-07-23 IDOPRESS

Siasatan terperinci isu katering tiada Sijil Halal / Foto FB DrNaim
SUNGAI PETANI,22 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarahkan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap isu pelantikan sebuah syarikat perkhidmatan katering tiada Sijil Halal yang membekalkan makanan di sebuah hospital kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata bagaimanapun,buat masa ini beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Saya memang dah arahkan Ketua Pengarah JAKIM untuk tengok isu itu dan beliau akan maklum (hasil laporan) kepada saya. Saya tak boleh nak respons sampai saya dapat laporan beliau," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah MADANI Peduli di sini hari ini.
Pada program itu,beliau menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB),Gerik,Perak,
Semalam,Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan sebuah Hospital menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada syarikat sijil halal selama tiga tahun bermula Februari 2024.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur