2025-07-23 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Julai - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.
RUU ini diluluskan selepas dibahaskan 24 ahli parlimen dengan lebih suara bersetuju.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,pelaksanaannya bertujuan memerangi rasuah dan salah laku sekali gus memperkukuh perlindungan kepada individu yang melaporkan perbuatan tersebut.
"Berdasarkan amalan terbaik global ini,Malaysia perlu mengambil langkah progresif untuk mengukuhkan perlindungan pemberi maklumat agar lebih ramai tampil melaporkan salah laku," katanya.
Antara pindaan utama ialah pemansuhan had dalam Seksyen 6(1),yang kini membenarkan pendedahan salah laku dibuat kepada agensi penguatkuasaan walaupun tertakluk kepada sekatan undang-undang lain.
RUU tersebut turut mengiktiraf bahawa maklumat yang dilindungi kontrak kerahsiaan,selagi ia dibuat secara jujur dan demi kepentingan awam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur