2025-07-23 IDOPRESS

Hakisan di Pantai Siring / Foto beaches-searcher
PULAI,22 Julai - Melaka terima peruntukkan tambahan berjumlah RM1.5 juta bagi mengatasi hakisan di Pantai Siring,Jasin.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peruntukkan tersebut bagi membina struktur Lapis Lindung Batu (rock rivertment) sepanjang 120 meter di pantai berkenaan.
Ia sebagai langkah jangka panjang bagi mengekang impak hakisan daripada terus merebak.
"Untuk memastikan tahap hakisan dapat dikurangkan dan teknologi yang dibentangkan oleh JPS iaitu kaedah penambahbaikanrivetment ini akan dapat menghalang hakisankawasan tersebut",katanya meninjau lokasi benteng pecah di Pantai Siring.
Sejak September 2024 sehingga 5 Jun lalu,sebanyak 3 kejadian benteng pecah direkodkan di kawasan berkenaan.
Sebagai langkah awal,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka telah melaksana kerja pembaikan jangka pendek membabitkan kos RM100 ribu yang siap pada November 2024.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur