2025-07-23 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Dana Kandungan Kreatif (DKK) Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah,di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU,22 Julai -Sebanyak 42 permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada syarikat produksi Sabah dan Sarawak bernilai RM7.43 juta telah diluluskan sejak 2022 hingga Julai ini.
Menteri Komunikasi,permohonan DKK yang diluluskan itu melibatkan pelbagai kategori termasuk filem cereka,filem pendek,dokumentari,pemasaran,skrip dan pascaproduksi serta mewujudkan lebih 1,245 peluang pekerjaan.
Mengulas lanjut,beliau berkata 14 syarikat produksi tempatan telah ditawarkan Dana Program TV (Borneo) dan 6 daripadanya adalah untuk syarikat produksi Sabah.
Manakala Dana Pasca Produksi,tawaran diberikan kepada 9 syarikat,satu daripadanya merupakan syarikat produksi Sabah.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima DKK Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah,di sini.
"Keseluruhannya,hampir RM1.39 juta diserahkan kepada 7 syarikat produksi Sabah tersebut,bagi Dana Program TV (Borneo) dan Dana Pasca Produksi," katanya.
Sementara itu,dua penerima Surat Setuju Terima (SST) dan DKK,optimis inisiatif ini akan melonjakkan lagi industri kreatif anak tempatan.
"Dana ini amat diperlukan memandangkan filem kami melibatkan banyak kerja kesan visual (VFX),penyuntingan dan penyesuaian jalan cerita. Proses pascaproduksi juga mengambil masa yang panjang," kata Nadira Ilana.
Bagi seorang lagi penerima,Gregory Giting,dana itu turut membuka peluang pekerjaan dalam bidang seni dan kreatif bagi warga tempatan.
"Dari aspek penggambaran,dana itu membantu dari aspek penggambaran dan kita punya peralatan. Selain itu,ia juga membantu anak seni supaya lebih ramai yang dapat peluang pekerjaan," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur