2025-07-23 IDOPRESS

Foto hiasan/ REUTERS
KUALA LUMPUR,23 Julai – Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) julung kali menganjurkan Forum AI ABU pada 23 dan 24 Julai di Beijing,China.
Forum itu yang dianjurkan bersama Radio dan Televisyen Republik Rakyat China (RTPRC) serta China Broadcasting International Economic and Technical Cooperation Co.,Ltd. (CBIC) akan menghimpunkan pelbagai pihak global termasuk penyiar,inovator teknologi,pembuat dasar dan ahli akademik dari serata Asia-Pasifik dan peringkat antarabangsa.
Ia bagi membincangkan impak transformatif kecerdasan buatan (AI) terhadap bidang penyiaran,media dan komunikasi.
Antara pengisian utama forum adalah sesi perbincangan panel bertajuk AI Exchange,pembentangan bertema serta bengkel praktikal yang memberi peluang kepada peserta meneroka penggunaan AI dalam landskap media masa kini.
Forum AI ABU ini merupakan inisiatif sulung khusus mengenai AI oleh ABU,sebagai respons terhadap keperluan mendesak bagi amalan AI yang inklusif,bertanggungjawab dan berorientasikan masa depan dalam bidang komunikasi dan media.
Sepanjang dua hari penganjuran,forum ini akan menjadi ruang dialog bermakna,kolaborasi rentas sektor dan perkongsian amalan terbaik serta perkembangan strategik teknologi AI dalam dunia sebenar.
Selain itu,para peserta forum turut diberikan akses VIP ke Pameran Radio,TV & Filem Antarabangsa Beijing (BIRTV) — salah satu pameran teknologi penyiaran dan media terkemuka di Asia — yang diadakan bersebelahan dengan lokasi forum di Pusat Pameran Antarabangsa China (Chaoyang).
Forum AI ABU dijangka menjadi platform utama bagi ahli dan rakan kerjasama ABU untuk berhubung,bertukar pengetahuan serta membentuk halatuju penggunaan AI dalam industri media serantau.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur