2025-07-23 IDOPRESS

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto Hiasan / Bernama
ISTANBUL,23 Julai - Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di sini malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye bermula hari ini.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 9.30 malam waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia) dengan disambut Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Ahmad Amiri Abu Bakar dan Pegawai Pengiring Turkiye Kapten Jurutera Serkan Ekin.
Mengiringi beliau,Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan delegasi Kementerian Pertahanan.
Sepanjang lawatan rasmi itu,Mohamed Khaled dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatnya termasuk Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler,Menteri Pertahanan Azerbaijan Vugar Mustafayev dan Menteri Pertahanan Sudan Hassan Daoud Kayan.
Beliau juga akan menghadiri Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2025,iaitu antara pameran pertahanan berprestij di dunia dan dianjurkan Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MOND),bertempat di Pusat Ekspo Istanbul.
Beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat dari Malaysia dengan pihak Turkiye turut dijadualkan berlangsung ketika pameran tersebut.
IDEF 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 27 Julai menghimpunkan wakil sektor awam dan swasta dari seluruh dunia bagi mempamerkan serta meneroka produk dan teknologi pertahanan terkini.
Dalam rangka lawatannya,Mohamed Khaled dijadual mengadakan pertemuan dengan Sekretariat Industri Pertahanan (SSB),iaitu agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan industri pertahanan dan teknologi ketenteraan Turkiye.
Beliau juga dijangka meninjau perkembangan pembinaan tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Kelompok Kedua oleh syarikat pertahanan Turkiye,Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM),di Istanbul Shipyard.
Pada Jun tahun lepas ketika lawatan kali pertama Mohamed Khaled ke Turkiye,Kementerian Pertahanan telah menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian tiga buah kapal berkenaan kepada STM. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur