2025-07-23 IDOPRESS

Kementerian Komunikasi menyambut baik saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha menggubal perundangan baharu bagi melindungi hak cipta serta ketulenan karya tempatan / Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,23 Julai – Kementerian Komunikasi menyambut baik saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha menggubal perundangan baharu bagi melindungi hak cipta serta ketulenan karya tempatan yang dimuat naik ke platform dalam talian.
Menterinya,Datuk Fahmi Fadzil berkata,langkah tersebut amat penting dalam memastikan karya-karya tempatan tidak berdepan dengan pelbagai bentuk ancaman,termasuk isu plagiat.
“Kementerian Komunikasi kekal komited untuk memperkukuh ekosistem dalam talian negara dengan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan adil bagi membolehkan pengkarya tempatan terus berkarya,berkongsi dan berkembang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam pada itu,Datuk Fahmi turut merakamkan ucapan tahniah kepada tokoh kartunis negara,Zunar,yang telah melakar sejarah menerusi pelancaran buku biografi bertajuk Melukis dengan Hati: Biografi Perjalanan Seni 50 Tahun.
Majlis pelancaran yang berlangsung semalam itu turut dihadiri Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan terhadap sumbangan Zunar dalam dunia seni serta perjuangannya dalam memartabatkan kebebasan berkarya di Malaysia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur