2025-07-23 IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Novan Amirudin
KUALA LUMPUR,22 Julai- CIMB Group Holdings Bhd menjangkakan prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 kekal stabil meski berdepan ketidaktentuan dasar tarif global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Novan Amirudin berkata,walaupun ketegangan perdagangan dunia mampu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi serantau,impaknya terhadap operasi kumpulan adalah terhad.
“Seperti yang kita lihat sejak beberapa bulan lalu,margin faedah semakin mengecil sekali gus menjejaskan pendapatan faedah.
''Namun,pendapatan faedah bukan satu-satunya sumber bagi bank kerana sekitar 30 peratus pendapatan CIMB disumbangkan oleh hasil bukan faedah seperti yuran perkhidmatan,pertukaran mata wang asing,pembayaran dan yuran nasihat dan ini antara urus niaga kami giat diterokai," katanya semasa sesi sembang santai sempena Hari Media ASEAN anjuran CIMB.
Tambahnya,langkah mempelbagaikan aliran hasil adalah selari dengan aspirasi Forward 30 bank tersebut.
Sementara itu,mengulas penurunan terbaharu Kadar Dasar Semalaman (OPR),jelasnya ia mempengaruhi kadar pinjaman yang ditawarkan kepada pelanggan.
Bagaimanapun,ia diimbangi oleh kadar deposit yang kini berada pada paras lebih rendah.
“Penurunan OPR biasanya mengurangkan kos dana,namun bergantung kepada setakat mana kadar pinjaman dan kadar deposit diturunkan.
''Jika kadar deposit seperti simpanan tetap diturunkan lebih banyak berbanding kadar pinjaman,kami masih boleh mengekalkan margin faedah bersih yang sihat,” ujarnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur