2025-07-23 IDOPRESS

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berucap pada Majlis Pelancaran Airport Fasttrack Revolution di KILA Terminal 1 hari ini/Foto BERNAMA
SEPANG,22 Julai – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terus mengorak langkah dalam transformasi digitalnya dengan memperkenalkan perkhidmatan 'Airport FastTrack' yang dinaik taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulannya,Datuk Mohd Izani Ghani,inisiatif ini sebagai sebahagian daripada strategi pendigitalan yang menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman penumpang.
“Strategi kami jelas iaitu mahu menjadikan KLIA sebagai hab global dengan pengalaman perjalanan yang lancar dan mudah. Ini bukan sekadar mempercepatkan proses,tetapi membina ekosistem pintar yang melibatkan semua rakan strategik untuk memastikan perkhidmatan cekap,konsisten dan penuh keprihatinan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran 'Airport FastTrack Evolution' di KLIA.
Selain memberi kemudahan kepada pelancong,ia juga terbukti memainkan peranan penting dalam mengurus logistik berskala besar.
Ini termasuk pengendalian pergerakan dalaman untuk delegasi ASEAN dan pelbagai acara bertaraf antarabangsa yang lain.
Penaiktarafan 'Airport FastTrack' ini merupakan salah satu inisiatif yang sedang dilaksana MAHB dalam usaha menjadikan KLIA sebagai hab penerbangan global bertaraf dunia.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur