2025-07-24 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Julai - Isu berkaitan aplikasi Saudi Visa Bio untuk permohonan visa jemaah haji dan pencapaian dasar luar negara sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen,Manndzri Nasib (BN-Tenggara) akan meminta Menteri Luar menjelaskan mengenai usaha mengukuhkan perpaduan dan pemusatan berkaitan ASEAN menghadapi cabaran geopolitik semasa pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama,S. Kesavan (PH-Sungai Siput) pula akan meminta Menteri Luar menyatakan usaha terkini kerajaan bagi membela nasib umat Islam Gaza akibat kekejaman rejim Zionis Israel dan kegagalan seluruh dunia untuk menghentikan kezaliman itu.
Semasa sesi soal jawab,Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) pula akan meminta Perdana Menteri menjelaskan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan aplikasi Saudi Visa Bio,yang didapati ada kelemahan apabila sebilangan jemaah haji gagal mendaftar data biometrik meskipun telah mencuba berkali-kali.
Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula akan mengemukakan soalan kepada Menteri Pertahanan mengenai status operasi semasa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0,merangkumi jumlah fasa yang telah disiapkan,bilangan rekrut terlibat,lokasi latihan serta perubahan utama diperkenalkan berbanding versi terdahulu.
Selesai sesi soal jawab,persidangan diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 diikuti pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025.
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 dijadualkan berlangsung 24 hari dan antara yang menjadi tumpuan ialah pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 pada 31 Julai ini.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur