2025-07-24 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di Putrajaya/Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,24 Julai - Inisiatif pemberian bantuan tunai sekali beri (one-off) sebanyak RM100 kepada warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas tidak seharusnya diremehkan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,pemberian tersebut bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana inisiatif itu satu langkah tambahan dilaksana kerajaan bagi meringankan beban dan kos sara hidup rakyat.
Jelasnya,setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan adalah berdasarkan kemampuan kewangan negara dan keutamaan rakyat.
"Jadi RM100 kalau keluarga termiskin,ada 2 anak 18 ke atas,suami isteri dah RM400,tambahan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekarang Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Itu tak kecil.
"Itu yang kita kata,selain SARA,STR,saya takde masalah itu tetapi jangan remehkan kerana itu upaya kita tambah daripada peruntukan sedia ada," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini.
Datuk Seri Anwar turut menempelak segelintir pihak pembangkang yang mempolitikkan isu pemberian bantuan ini. Sebaliknya,menyeru agar bersama mendukung langkah pemulihan ekonomi demi masa depan negara.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur