2025-07-24 HaiPress

BFF2025 disasarkan menerima 50,000 pengunjung/Foto FB Perbadanan Putrajaya
KUALA LUMPUR,24 Julai – Penganjuran Borneo Flora Festival 2025 (BFF2025) di Labuan dijangka memberikan pulangan ekonomi yang memberangsangkan termasuk nilai tambah kasar (GVA) sekitar RM35 juta.
Festival lima hari itu disasarkan menerima 50,000 pengunjung dengan unjuran perbelanjaan langsung mencecah RM20 juta.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa,festival itu bukan sahaja memperkasa sektor pelancongan dan hortikultur,malah berupaya menjana 400 peluang pekerjaan sementara.
Sebanyak 30 taman bertema akan mempamerkan lebih 200,000 flora tropika termasuk orkid,rafflesia dan herba ubatan.
Tambah beliau,kerajaan belum menetapkan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa sebagai lokasi kekal dan akan menilai kesesuaian selepas beberapa edisi.
"BFF2025 merupakan satu langkah permulaan penting untuk menjadikan Labuan sebagai hab pameran bunga serantau. Festival ini dijangka memberi kesan ekonomi yang besar,termasuk nilai tambah kasar sebanyak RM35 juta,kehadiran 50,000 pengunjung serta limpahan rezeki kepada pengusaha inap desa tempatan.
"Ini bukan sekadar tentang bunga,tetapi tentang membuka peluang,mencipta pekerjaan dan mengukuhkan identiti Labuan sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Borneo," jelasnya.
Datuk Seri Dr. Zaliha berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Labuan,Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen dan orang ramai turut dijemput ke festival berkenaan dengan diskaun tiket penerbangan 15 hingga 20 peratus menerusiMalaysia Airlines (MAS) dan MASWing.
BFF2025 bakal berlangsung dari 26 hingga 30 Julai ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa (KSLA),Labuan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur