2025-07-24 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa,menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Beaufort. Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat,hari ini.
KUALA LUMPUR,24 Julai – Pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Labuan masih belum dimuktamadkan,pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),ketika ini kerajaan sedang meneliti calon yang benar-benar berkelayakan dan mampu memacu pembangunan wilayah itu.
Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Beaufort. Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat hari ini,beliau menjelaskan,proses pelantikan tidak dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan calon yang dilantik mampu membawa nilai tambah kepada pentadbiran dan pembangunan sosial ekonomi Labuan.
"Saya kira kita tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan kerana soal pelantikan ini bukan hanya untuk mengisi kekosongan sedia ada tetapi yang lebih penting adalah kita melihat kepada bagaimana mungkin pengerusi tersebut dapat menambah atau memberi nilai tambah kepada pembangunan Labuan," katanya.
Datuk Seri Dr. Zaliha turut menegaskan,faktor geografi atau asal-usul calon bukanlah halangan untuk pelantikan tersebut,malah kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan calon dari Sabah dalam struktur lain seperti ahli lembaga pengarah atau majlis nasihat Perbadanan Labuan.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur