2025-07-24 HaiPress

RUUKP dijangka ubah landskap kewangan,perkukuh perlindungan pengguna kredit / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,23 Julai – Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) dijangka membawa perubahan besar dalam landskap kewangan negara dengan meletakkan perlindungan pengguna sebagai keutamaan dalam setiap transaksi kredit.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan RUUKP akan menjadi akta utama bagi mengawal selia semua bentuk perniagaan kredit dan perkhidmatan berkaitan,serta memastikan penyedia kredit beroperasi secara adil dan bertanggungjawab.
“Akta ini mewajibkan ketelusan dalam pengenaan caj dan memperkenalkan garis panduan profesional dalam pengurusan kutipan hutang serta penyelesaian pertikaian,” jelas kenyataan itu.
Tambah MOF,pengguna yang menghadapi kesulitan kewangan turut berpeluang mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat melalui saluran yang sah dan berdaftar.
RUUKP turut dilihat sebagai salah satu inisiatif penting kerajaan ke arah mewujudkan ekosistem kredit pengguna yang lebih selamat,profesional dan inklusif.
“Ia bukan sekadar rang undang-undang,tetapi merupakan cerminan komitmen jangka panjang kerajaan bagi melindungi rakyat daripada amalan kredit yang menindas,” kata kenyataan itu lagi.
Seiring dengan penggubalan akta tersebut,kerajaan juga akan menubuhkan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) bagi mengawal selia penyedia perkhidmatan yang sebelum ini beroperasi tanpa pemantauan langsung seperti syarikat pajakan,pemfaktoran,agensi kutipan hutang serta penyedia pembiayaan digital bukan bank.
SKP akan memudahkan pemindahan fungsi pengawalseliaan daripada pelbagai kementerian dan agensi ke bawah satu bumbung,sekaligus menjadikan pengawasan industri kredit lebih seragam dan efisien.
Untuk rekod,Dewan Rakyat telah meluluskan RUUKP 2025 pada 21 Julai lalu sebagai langkah melindungi kepentingan pengguna kredit di negara ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur