2025-07-24 HaiPress

Ketua dan ahli ekonomi utama AMRO,Allen Ng bercakap pada taklimat media mengenai Kemas Kini Suku Tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau Asean+3 secara telesidang/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,23 JULAI - Malaysia masih berupaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik pada 4.2 peratus tahun ini,menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
Ketua dan ahli ekonomi utama AMRO,Allen Ng berkata angka itu disemak turun berbanding unjuran terdahulu pada 4.7 peratus,selepas mengambil kira ketidaktentuan global yang meningkat berikutan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) dan kesannya terhadap permintaan global.
Semakan semula ini juga turut mengambil kira langkah rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan menjelang akhir September ini.
''Pertumbuhan sebanyak 4 peratus merupakan angka yang masih tinggi,namun apa yang lebih penting,pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan domestik terutamanya aktiviti penggunaan swasta dan berpotensi untuk meningkat sekiranya rundingan tarif mencapai hasil positif,'' kata beliau pada taklimat media mengenai Kemas Kini Suku Tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau Asean+3 secara telesidang,hari ini.
Sementara itu,Allen menyifatkan penurunan Kadar Dasar Semalaman(OPR) terbaharu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai langkah awal,bertujuan untuk menyokong ekonomi dalam ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat dan trend inflasi yang stabil.
''Sekiranya risiko penurunan terhadap pertumbuhan semakin meningkat,saya percaya masih ada ruang untuk bank pusat melaksanakan sokongan dasar yang lebih akomodatif.
''Namun begitu,sebarang keputusan akan bergantung kepada data terkini dan sama ada unjuran ekonomi Malaysia menunjukkan penyusutan,” katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur