2025-07-24 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di Putrajaya/foto BERNAMA
PUTRAJAYA,24 Julai - Kestabilan negara dan ekonomi yang kukuh memberi keyakinan kepada Malaysia untuk menyatakanpendirian secara terbukadi pentas antarabangsa mengenaiisu global termasuk isu Palestin.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,dengan perpaduan rakyat ketika ini,negara mampu mewakili dan mempromosi sentimen keamanan bagi memastikan kebebasan negara tersebut.
"Ini soal nilai,adab dan kemanusiaaan benci dengan kezaliman,benci dengan salah guna kuasa. Kita kena pelajari ini semuanya. Saudara ingat boleh saya bercakap tentang hal ini dengan tegas,berani menyinggung sampai kepada Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump? Kalau saya tidak yakin dengan kekuatan negara kita,politik kita stabil,ekonomi kukuh sebab itu kita boleh cakap.
"Sekiranya kita berpecah belah,berperang terus dalam kalangan kaum,politik,ini tidak boleh kerana saya tidak mewakili sentimen itu," tegas Datuk Seri Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di Putrajaya,hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur