2025-07-24 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR 24 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat melakukan persiapan rapi menjelang sambutan Hari Pahlawan 2025 yang akan berlangsung pada 31 Julai ini di Dataran Pahlawan,Putrajaya,bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang majlis berlangsung.
Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan),Jabatan Pengurusan,ACP Harlina Masnan berkata,PDRM bertanggungjawab memastikan keselamatan dan ketenteraman awam,terutamanya dari aspek kawalan lalu lintas bagi melancarkan perjalanan pada hari berkenaan.
“Kita telah merangka perancangan teliti melibatkan lebih 300 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Putrajaya,Bukit Aman serta pasukan bantuan lain,” jelas beliau.
Meski tiada penutupan jalan dirancang,orang ramai khususnya warga kerja sekitar Putrajaya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Sementara itu,PDRM turut bekerjasama erat dengan pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jabatan Bomba dan Penyelamat,Hospital Putrajaya serta Perbadanan Putrajaya bagi memastikan kelancaran sambutan.
Selain aspek kawalan dan keselamatan,PDRM turut memberi perhatian kepada kebajikan pesara polis yang pernah berkhidmat menjaga keamanan negara.
Melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara,pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk sumbangan peralatan kesihatan,keperluan asas serta lawatan berkala kepada pesara yang mengalami masalah kesihatan kronik.
“Kita prihatin terhadap transisi anggota kepada kehidupan sebagai orang awam. Sokongan psikologi,bantuan kewangan dan kesihatan adalah antara fokus utama kami,” ujar ACP Harlina.
Justeru,Sambutan Hari Pahlawan merupakan manifestasi penghargaan negara terhadap jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan,termasuk PDRM dan ATM,yang mempertahankan kedaulatan tanah air sejak era pra-kemerdekaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur