2025-07-24 IDOPRESS

Foto fail/ Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
PUTRAJAYA,24 Julai - Kerajaan telah membuat ketetapan dasar untuk menggalakkan penerapan tenaga boleh baharu dalam kalangan pengguna dengan mengecualikan kutipan 1.6 peratus Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi tarif elektrik bermula 1 Ogos 2025.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi kenyataan memaklumkan program tenaga boleh baharu yang dilaksanakan oleh PETRA ini selaras dengan hasrat untuk merancakkan pembangunan dan integrasi tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara.
Pengecualian itu melibatkan tiga program utama iaituTarif Elektrik Hijau(GET),Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat(CRESS) danCommunity Renewable Energy Aggregation Mechanism(CREAM).
"Kutipan 1.6 peratus KWTBB daripada tarif elektrik pengguna telah diperkenalkan pada 2011,sebagai dana untuk memangkin pertumbuhan pembangunan tenaga boleh baharu di negara ini melalui mekanisme tarif galakan atau Feed-in Tariff (FiT) oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
"Sejak pelaksanaan tersebut kapasiti tenaga boleh baharu teragih dalam sistem pembekalan elektrik negara terutamanya daripada sumber solar telah meningkat secara mendadak iaitu daripada 5MW pada tahun 2011 kepada 5,100MW pada masa ini.
"Pada masa yang sama,program FiT ini dapat meningkatkan komposisi pembekalan elektrik daripada sumber biogas,biojisim dan hidro kuasa kecil kepada 855MW",menurut PETRA menerusi satu kenyataan.
PETRA berharap dengan penambahbaikan itu akan memberikan insentif kepada pengguna terutamanya syarikat korporat dan industri untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah mencapai sasaran 70 peratus TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2050.
"Usaha ini juga diharap akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri TBB negara yang lebih progresif dan positif,seraya memenuhi tanggungjawab kepada generasi masa kini dan akan datang,sejajar dengan prinsip utama Malaysia MADANI",katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur