2025-07-24 IDOPRESS

FOTO Kementerian Komunikasi
PENAMPANG,24 Julai – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) diminta mewujudkan modul latihan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai nilai tambah kepada kursus yang ditawarkan.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata,modul itu penting bagi melatih peserta menggunakan teknologi AI dalam komunikasi,termasuk aspek grafik,gambar dan video.
“Dalam sesebuah organisasi,AI membantu menyelaras dan meningkatkan kecekapan mengurus data selain memudahkan proses komunikasi secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Zon Sabah di Penampang.
Dalam pada itu,beliau turut menggesa agensi bawah kementeriannya memanfaatkan keupayaan Kecerdasan Buatan Generatif (Gen AI) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Pada majlis berkenaan,Datuk Fahmi menyampaikan APC kepada 70 penerima terdiri daripada 41 kakitangan RTM Sabah,24 kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sabah,tiga daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) serta masing-masing seorang daripada Bernama dan Finas.
APC adalah pengiktirafan kepada warga kerja Kementerian Komunikasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dan kualiti kerja terbaik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur