2025-07-24 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Julai - Pengumuman pakej rangsangan fiskal terbaharu oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengukuhkan sektor pengguna Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan jangka pendek.
Ia khususnya melibatkan barangan keperluan dan runcit,menurut CIMB Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya.
Firma itu turut menjangkakan,peruncit utama dan pengeluar makanan serta minuman akan meraih manfaat daripada permintaan yang lebih kukuh terhadap produk makanan dan minuman asas.
Ia didorong pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Sehubungan itu,kami mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor ini dan percaya penilaian semasa adalah wajar,mencerminkan sentimen pengguna yang masih lembap,kadar cukai jualan yang lebih tinggi ke atas barangan bukan keperluan,dan tekanan kos daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas kos sewaan,” menurut nota penyelidikan itu.
Selain itu,perjalanan domestik juga diramal lebih rancak selepas ini,disokong penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September dan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur