2025-07-24 IDOPRESS

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI),Datuk Ishak Bakri/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,23 Julai – Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menyasarkan untuk mencapai pelepasan sebanyak 200,000 kes bankrap menjelang hujung tahun ini.
Ia hasil lanjutan pelaksanaan Dasar Peluang Kedua yang diperkenalkan pada tahun 2024.
Ketua Pengarahnya,Datuk Ishak Bakri berkata sehingga Mei 2025,sebanyak 186,021 kes berjaya dilepaskan dan pihaknya kini giat mempertingkatkan usaha bagi mencapai sasaran 200,000 kes menjelang Disember nanti.
“Sudah tentu Jabatan Insolvensi Malaysia perlu bekerja lebih keras untuk mencapai sasaran ini. Kita juga menambah bilangan kakitangan sambilan bagi membantu mempercepatkan proses pelepasan,” katanya ketika ditemui di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.
Antara inisiatif utama yang dijalankan termasuk program kesedaran dan advokasi serta Jelajah Insolvensi yang dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.
Program itu menyasarkan komuniti setempat termasuk kawasan luar bandar seperti FELDA dan kampung serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.
“Melalui program ini,kita terangkan tentang kesan kebankrapan dan peranan MDI dalam mentadbir serta membantu individu bankrap. Ramai yang tidak sedar wujudnya peruntukan dalam Akta Insolvensi yang membolehkan pelepasan secara automatik tertakluk kepada syarat tertentu,” jelasnya.
Antara peruntukan yang diketengahkan ialah Seksyen 33B(2A),yang membolehkan pelepasan tanpa bantahan daripada pemiutang bagi kes melibatkan individu seperti OKU,pesakit kronik,penjamin sosial,warga emas berusia 70 tahun ke atas tanpa pendapatan dan mereka yang telah meninggal dunia.
Tambah Ishak,selain membantu golongan bankrap sedia ada,MDI juga menyasarkan pencegahan awal melalui program literasi kewangan di IPTA dan IPTS.
Forum dan sesi dialog bersama pelajar tersebut diadakan bagi mendidik golongan muda tentang pengurusan kewangan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.
“Kesedaran awal ini penting supaya generasi muda tidak terjebak dalam beban hutang yang akhirnya membawa kepada kebankrapan,” katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur