2025-07-25 HaiPress

Keputusan disambut baik pengguna yang menjadikan SDE sebagai laluan harian mereka.
KOTA TINGGI,25 Julai - Pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) menarik nafas lega susulan pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,mengekalkan kadar tol sedia ada di seluruh negara.
Keputusan itu disambut baik oleh pengguna SDE yang menjadikan laluan tersebut sebagai jalan harian ke tempat kerja,yang mengurangkan beban perbelanjaan bulanan mereka.
Tinjauan mendapati,ada pengguna terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 sebulan untuk pembayaran tol.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana kadar tol SDE tidak dinaikkan. Bagi saya,kadar sekarang sudah cukup tinggi jika dibandingkan dengan lebuh raya PLUS,” kata Nurulasha,seorang pengguna harian lebuh raya itu.
Bagi Syafik Rahman pula,SDE merupakan laluan paling efisien untuk ke tempat kerja di Pasir Gudang dari kediamannya di Bandar Penawar.
“Jika guna jalan kampung,masa perjalanan menjadi tiga kali ganda. SDE jauh lebih cepat dan dekat,” katanya.
Sementara itu,Raden Azwan berpandangan bahawa SDE memainkan peranan penting dalam menyokong sektor pelancongan,khususnya menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
“Lebuhraya ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh negara ke negeri Johor,” ujarnya.
Setakat ini,kadar tol perjalanan penuh dari Ulu Tiram ke Bandar Penawar adalah RM9.90 sehala.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur