2025-07-25 HaiPress

Dua buah vesel pukat tunda Zon C ditahan.
LANGKAWI,25 Julai - Sepuluh nelayan warga Thailand ditahan kerana menggunakan peralatan pukat tunda dengan saiz mata keroncong kurang daripada 38 milimeter di perairan Tanjung Nangka,Langkawi,Kedah.
Pengarah Perikanan Negeri Kedah,Sukri Deris berkata,dalam operasi awal pagi itu,lima anggota Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi berjaya menahan dua buah vesel pukat tunda Zon C yang didapati melanggar syarat lesen.
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut menggunakan pukat tunda dengan saiz mata yang terlalu kecil,menyebabkan banyak anak ikan terperangkap dan menjejaskan sumber perikanan,” katanya.
Bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta telah disita,manakala hasil tangkapan dirampas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen yang telah ditetapkan.
Sukri turut menasihati semua nelayan agar mematuhi syarat lesen yang ditetapkan demi memastikan sumber perikanan negara dapat diekploitasi secara berhemah dan dinikmati secara berterusan oleh semua golongan nelayan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur