2025-07-25 HaiPress

Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail - Foto Bernama
KUALA LUMPUR,25 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum mengenai perhimpunan aman yang dirancang berlangsung pada Sabtu ini di Dataran Merdeka.
Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,selaku agensi penguatkuasaan yang sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan,PDRM menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman.
“Sejajar dengan semangat tersebut,PDRM berperanan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini berlangsung dalam suasana yang aman dan teratur,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
PDRM turut menerima kerjasama daripada pelbagai pihak bagi mengekalkan keamanan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan kawasan sekitar,PDRM menasihati peserta agar sentiasa peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada dan menyuarakan pandangan secara saling hormat menghormati,berlandaskan nilai adab masyarakat Malaysia.
Sementara itu,orang awam yang tidak terlibat disarankan untuk merancang perjalanan dan menyemak aliran trafik lebih awal bagi mengelak kesulitan,memandangkan dijangka berlaku sedikit perubahan laluan semasa perhimpunan berlangsung.
PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan terus dipelihara,dan yakin keseimbangan antara hak demokrasi serta kedaulatan undang-undang dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab kolektif semua pihak.
“PDRM amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan menyeru agar semua pihak terus memainkan peranan secara berhemah dan matang,” katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur