2025-07-25 HaiPress

Mangsa,Luqman Daut dan Hasnah Raini ditemui media di lokasi kejadian hari ini/Foto Mohamad Alhadi Shamsawi
SIBU,25 Julai - Bunyi bising awal pagi disangka pertengkaran antara jiran,rupa-rupanya berpunca daripada kebakaran besar yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Hilir,di sini,pagi tadi.
Mangsa,Luqman Daut,33,berkata beliau hanya menyedari kebakaran itu selepas dikejutkan isterinya kira-kira pukul 7.30 pagi.
“Pada mulanya saya ingat isteri bergurau. Bila buka pintu belakang,api dari rumah sebelah sudah menyambar tingkap. Saya tidak sempat selamatkan apa-apa,semua habis terbakar.
"Sepuluh ekor kucing peliharaan saya juga mati dalam kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seorang lagi mangsa,Hasnah Raini,berkata beliau sedang menonton televisyen sebelum cucunya menjerit memberitahu ada kebakaran di luar rumah.
“Apabila saya bangun,saya lihat api sudah sampai ke belakang rumah. Saya terus ditarik orang ramai keluar dari rumah dan tidak sempat menyelamatkan sebarang barangan,” katanya sebak.
Kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah itu merupakan insiden kedua berskala besar di Kampung Hilir dalam tempoh kurang setahun.
Pada 22 September tahun lalu,sebanyak 15 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan berhampiran.
Punca kebakaran pagi tadi masih dalam siasatan,manakala jumlah mangsa terjejas dilaporkan melebihi 40 orang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur