2025-07-25 HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun - Foto Bernama
SEREMBAN,25 Julai - Jabatan Mufti dan Balai Cerap Negeri Sembilan disarankan membuat persediaan rapi dari aspek keilmuan,peralatan terkini serta perancangan strategik. Ini bagi melaksanakan kajian lapangan sempena fenomena Gerhana Matahari Anulus yang dijangka berlaku pada 26 Januari 2027.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,walaupun fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia,namun ia akan disaksikan sepenuhnya di beberapa negara seperti Arab Saudi,Mesir,Yaman dan Sudan.
“Peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan kajian yang mampu menyumbang kepada pembangunan ilmu dan data global dalam bidang falak,” katanya.
Tambah beliau,sudah tiba masanya ilmu falak diperkasa ke peringkat antarabangsa dengan anak watan tampil sebagai penyumbang utama,bukan sekadar pemerhati.
“Dunia wajar menyaksikan kepakaran Malaysia,apatah lagi Balai Cerap Negeri Sembilan masih memegang rekod dunia bagi rakaman imej anak bulan termuda yang dicerap pada Mei 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Muzakarah Falak Peringkat MABIMS 2025 di Seremban.
Dalam perkembangan berkaitan,beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam menyambut Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,dengan melihat ilmu falak sebagai antara tarikan pelancongan berpotensi tinggi di negeri itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur